| ............................. |
|
moonlight..
|
|
:: All about me :: Name:Qma Abu Husain Date of Birth:3rd Dec 1979 Occupation:A lecturer to be Status: Single :: Links :: Afiz Ayue Azil Basrie En. Eid Habibah Kak Ayu Marssey Nuckelhead Oinkz Riz Yoe Zhoulsz Zict :: Archives :: October 2003- November 2003- December 2003- January 2004- February 2004- March 2004- April 2004- May 2004- June 2004- July 2004- :: Tag here :: :: My mood :: |
|
*BERITA TERKENA Haa, ni gambar2 masa Intervarsity di UKM. Banyak pahit maung ditempuhi.. Hanya sedikit suka-cita yang dilalui.. :(( Perjalanan pergi..
Singgah sat kat Machap. Perkenalkan kengkawan aku, from left: Asiah, Finny, Kak Ana and Kak Za.
Haa, kali ni aku plak nak bergambar. Yang kiri sekali tuh.. Malam pertama di UTMKL aka City Campus..
Ni gambar pas makan. Tengah tunggu pengurus kami, kak Kasuma, kat Dataran Ilmu. Tunggu punya tunggu, adalah sampai 2 jam, rupa2nya kak Kasuma dah masuk hostel. Hampess.. Ponek den tunggu.. Anyway, yang kiri sekali tuh kak Izan. Dia ni x-player Johor. Hari ke-2..
Nilah pakweku, Ajak.. Gambar ni aku amik lepas game bola UTM vs Unimas. Dia injured 10 minit pas 2nd half.. Twisted knee. Terus xleh main sampai abis tourney. :( Result: UTM 2 Unimas 1.
Ni gambar malam perasmian. Acara ni dijalankan kat stadium baru UKM. Perasmian dilakukan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd. Salleh.
Ni plak gambar 2 org striker UTM, Man (kiri) & Ajak. Dorg duduk kat belakang row bebudak netball, tu yang sempat ngambik gambar tu.
Haa, acara ni best. Acara tarian dari Unit Kebudayaan UKM kalau x silap. Nak kata tarian tradisi org Selangor (UKM kat Selangor), nampak cam tarian Sarawak. Papepun, memang bestlah.. Congrates to the dancers!!
Bebudak PKN pun amik bahagian jugak masa perasmian Intervarsity nih. Jgn mare.. Dorg buat senamrobik. Baguslah.. At least xlah boring sgt bebudak tuh. Acara ni pun best. Sampai terangkat2lah kaki aku, rasa nak join sama jek. Teringat zaman sekolah kat TIKL dulu. Join senamrobik masa hari sukan.
Band Kolej Tuanku Kursiah (TKC) tengah buat persembahan. Dorg ni kalau x silap aku, johan pancaragam tahun lepas kot.. Kemas jek dorg perform. Bila cite pasal band nih, teringat plak aku kat Marssey. Minah ni pun kaki band gak masa kat Sek. Tun Fatimah (STF).
Ni gambar kontinjen UTM semasa perbarisan. Secara keseluruhan, UTM hantar lebih kurang 260 peserta.
Bendera rasmi Sukan Staf. Hari ke-3..
Hehe.. Sempat lagi bergambar kat bilik. Ni gambar sebelum perjalanan ke UKM. Game petang lawan USM, kul 5.
Nilah contoh pemain hebat!! Heheh... Dalam perjalanan nak ke UKM, sempat lagi makcik2 ni tido. Nyenyak plak tu..
Gambar sebelum game. Budak urusetia tu ambikkan. Habis hilang sebelah muka kak Manis. Ni pun dah 2 kali budak tu try. Hasilnye gitu gak.. Xpelah. Yang penting muka aku full. Hehehe.. Ok, barisan belakang dari kiri Result?? Malu nak cite.. Kitorg kalah 27-17. Sebenarnye boleh fight, tapi memang mistakes kami, main terikut cara USM. Dorg main laju giler.. Kitorang plak biasa main slow. So, biler kena main laju nih, habis pancit sumer org.
Ni gambar masa pas game, dalam bas masa nak balik.
Muka penat kak Ana n Finny. Hehehe.. Dorg ni kena paksa bergambar sebenornye. ;P
On the way balik, sempat lagi kami menyinggah makan sate Kajang. Ni gambar pas kenyang. Perut dah penuh, muka pun bersinar2. (Sebab minyak, bukan sebab glow. Hehhee...) Anyway, yang kiri sekali tu pengurus kami, Kak Kasuma. Pengurus ter'best' sekali di dunia!! Hari ke-4..
Hari ni kitorg gi jenjalan kat Jalan TAR. Dah kalah semalam, masih ada hati lagi nak bershopping. Bukan nak training. Hehehe... P/S: K Ana (kiri sekali) bergaya ngan sunglass baru dia. Hehhee.. Hari ke-5..
Kak Ita karaoke dalam perjalanan balik ke UTMKL.
Turn kak Manis plak tunjuk bakat. Hari terakhir aka malam berinai..
Memandangkan ni malam terakhir, kitorg pun dah xde keje lain nak buat. So, beberapa org player ni pun dgn kreatifnya menconteng inai ke tangan sendiri. Gambar atas ni, gambar tapak tangan kak Manis. Dialah yg memulakan gejala inai-menginai nih..
Haa, dah siap pun tapak tgn kak Manis. Inilah hasilnya...
Tekunnye kak Ita inai kuku dia..
CAK!!! Ini tangan Eyna. Cantikkan dia buat?!! Hasil kerja tangan sendiri nih.. Jgn x caya!! Pas tgk tangan Eyna cantik, maka dia dgn secara x rasminya dilantik jadi tukang lukis inai malam tu..
Siap meniarap lagi nak melukis tangan kak Ita. Lukis baik2 Na. Tgn captain tu.. Hehehe... ![]() Tangan kak Ita. ![]() Tangan Naza. ![]() Tangan kak Manis. ![]() Tangan kak Tina. ![]() Sapa punya tapak tangan?? Saya tataulah.. Ok, that's all. Nanti update tentang Hari Keluarga FKM plak bakal menyusul. InsyaAllah... by ~me~ at 4/27/2004 02:24:00 pm ©
*KISAH POKOK EPAL Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut. Masa berlalu... Budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu. Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan. CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA KITA. by ~me~ at 4/26/2004 09:37:00 am ©
*UPDATE At last!! Akhirnya, kitorg dpt jugak pegi Intervarsity di UKM. Itupun setelah para pengurus pergi berjumpa dgn NC, barulah settle sume masalah. Kami diberi cuti tanpa rekod sepenuhnya dengan elaun RM7 sehari. Jadilah.. Gaji pun x lama jek lagi nak masuk. Yay!! Hari ni, aku dapat 4 helai baju. 1 baju untuk Hari Keluarga FKM kat Starhill esok. Warna merah utk AJK. 2 lagi jersi netball. Warna merah & kuning. And 1 helai t-shirt utk kontijen UTM. Warna merah (lagi!!!). Esok, Hari Keluarga FKM, aku kena gi seawal 7 pagi. B4 7.30am dah kena ada kat Impian Emas, amik kak Sab. From there, pegi Starhill kat Senai. Sehari suntuk kat sana. Berjemur. Pre-jemur b4 the tourney.. ;p Malam esok plak, nak gi Jusco. Nak beli beberapa barang utk dibawa ke KL. Brg2 keperluan. Lagi, nak beli 1 more track bottom. Warna hitam. And baju warna hijau, utk matchkan dgn baju netball lama. (Aku xde baju tu sbb aku x join the team lagi.). Hari Ahad, berkumpul kat foyer Bangunan Pentadbiran UTM kul 8.30am. Gedebak-gedebuk, pukul 9++ baru gerak ke KL rasanya. 6 bas. Bestnye.. Tapi yg x best, kena duduk bas lain2 dgn Ajak. :( Boringlah aku nanti sepanjang 5 jam perjalanan. Anyway, wish us all the best of luck!! by ~me~ at 4/16/2004 10:05:00 pm ©
*FED-UP ![]() Kebarangkalian we all (UTM player) dpt pegi UKM for the Intervarsity is very low. Macam2 hal timbul. Agaknya memang org2 atasan ni xnak bagi kitorg pegi kot.. Memula, dorg cut down the funding utk sukan staff. More than 70% reduced. Biasanya dapat 100k++, tahun ni cuma dpt 30k shj. Alasannya, takde contribution utk pembangunan akademik(?). Ada ke kata gitu.. Kalau pk logik, disebabkan skang ni semester break, inilah masanya utk staff pulak bersukan. Bukan suka2.. We all nak naikkan nama Uni jugak. Kalau menang, UTM gak dapat nama (and wang kemenangan!). In fact, this is one way of promoting UTM to the potential clients. Pas funding kena cut, dorg persoalkan pulak ke'official'an Intervarsity nih. FYI, kalau x official, nape thn2 lepas boleh pulak pegi? Dah berbelas tahun (rasanya..) dah Intervarsity nih. Then, bila kitorg still gak turun training (semangat berkobar2), dorg kata penginapan di UKM x ditanggung. X cukup fund. Kalau nak duduk free, duduk kat UTMKL. Punyalah jauh UTMKL ngan UKM. Ngan jam lagik, ngan penat lagik.. *sigh* Melalui survey yg kengkawan buat, dorg kata satu kepala cuma RM5 jek sehari. Bukan mahal sgt pun.. Since UTM xnak sponsor, kitorg decided to pay using our own money. Kongsi2.. Biar kuar duit skek, asal x duduk jejauh. Susah. Bila dgr gini, org2 atasan tu kata, "Kalau nak pegi, duduk UTMKL. Jgn duduk asing2. Kalau x, jgn pegi!!". Dah gitu pulak.. So, nak tak nak, we all kena akur ngan syarat pihak atasan. Bila sumer dah setuju ngan syarat2 tu, org atas kata, UTM cuma luluskan cuti tanpa rekod for 2 hari jek. The rest kena guna cuti tahunan. Padahal Intervarsity ni berlangsung dari 18-24 April!! Nak harumkan nama Uni, kena pakai duit sendiri & sacrifice cuti tahunan!!? Punyalah macam2 hal dorg timbulkan.. Memang xnak bagi kitorg pegilah tu.. Lastly, tadi dgr berita terbaru. UTM hanya akan beri RM5 sehari utk perbelanjaan harian. GILO KO APO!!?? RM5 nak makan apa?? Dahlah KL tu mahal segala2nya..!! Sudahlah!! Kalau xnak bagi, cakap terus-terang!! Jgn nak main tarik tali ngan kitorg. FED-UP!!! by ~me~ at 4/16/2004 01:28:00 pm ©
*NEW LAYOUT.. AGAIN!! Hehe.. Aku selalu camni. Bila dah dtg penyakit tukar layout ni, maka dua tiga kalilah aku menukarnye.. :D Anyway, rasanya tak tukar lagi kot dalam jangka masa terdekat nih.. Xde masa. Lagi satu, sebagai makluman, aku akan TIDAK BERADA di negeri Johor bermula dari 180404 ni sehingga diberitahu kelak.. Aku kena gi UKM for the Intervarsity Sport. Kalau ada rezeki nak melangkah jauh, maka lambatlah aku balik JB. Kalau awal aku balik, maka pepaham jelah.. ;p by ~me~ at 4/13/2004 09:31:00 pm ©
*NEW LAYOUT Hmm.. What do u think of the new layout? Is it better than the previous one, or is it not? Both former & new layouts are designed by gate2heaven. I like her designs. Cool & cute. by ~me~ at 4/12/2004 04:12:00 pm ©
*C vs WD Assalamualaikum semua.. Lama tak apdet.. Bukan apa, takde cerita yang nak diceritakan kat sini. Plus, aku ni bukannye pandai nak melahirkan apa yg terbuku di hati dalam bentuk penulisan. Kalau nak suruh bercakap/bertonyeh/ Semalam masa training netball, aku terseliuh skek. So, tadi terpaksa pegi urut.. Nasib baik tak teruk sgt. Bila bercerita pasal netball nih, aku rasa sedih skek.. Bukan apa, aku rasa mcm aku tak layak nak join the team. Dorg sumer terror2, aku ni plak kategori yang kureng terror. Aku admit tu.. Lagi satu, bila main netball, Semalam bila dorg letak aku kat posisi Center, aku macam dapat semangat baru. Main pun taklah seteruk biasa.. Better than when I played WD. Aku macam bebas sikit sebagai Center nih.. Tapi apakan daya.. Semalam dapat main posisi tu pun sebab Center utama lagi sorg tak datang. So, aku pun dapatlah main.. Inilah nasib org tak terror.. :( Oklah, sampai sini aje luahan hati aku kali nih.. Nak gi tgk bola plak.. MU vs Birm. Hope MU menang. Glory2 ManUtd!!! by ~me~ at 4/10/2004 09:05:00 pm ©
*CARDIFF.. HERE WE COME!!!
*KENCING BERDIRI Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya. Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yang serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU. Bagaimana ini semua boleh terjadi?? (Cheewaahh.. terasa macam masuk pertandingan bercerita plak. :P) Dipendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat Islam yg baru hendak solat di masjid. Apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah. Tiba-tiba berkumandanglah azan, maka larilah iblis dan syaitan lintang pukang sambil terlanggar bukit, pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan. Iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah, patah tangan, kaki dsb. Datanglah bapak mereka dan memberitahu bhw hanya ade satu saje ubat yg boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka. Bapak Iblis menyuruh mereka pergi ke rumah org Islam dan carilah air kencing org yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yg luka cedera parah. Sepantas kilat mereka mencari org Islam yg kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh. Kesimpulannya, org kencing berdiri inilah yg menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Oleh itu, jgn kencing berdiri...tolong sebarkan! by ~me~ at 4/05/2004 10:01:00 am ©
*CURRENTLY I LOVE.. Dekat padamu, arah ingin kutuju Walaupun jauh akan kutempuh Kerana hanya sunyi yang menemani hari Semenjak kau pergi membawa diri Oh dekat padamu, di sana kan bersatu Dua jiwa yang telah terpisah Kesetiaan yang telah kita sama ikrarkan Kupegang teguh, janji kukotakan Bridge 1: Andai tersalah arah, berikanku tanda Agar kau terima yang sebaiknya Jika cinta kita hanya sejarah lama Sudilah kucuba kali kedua Chorus: Walau jauh akan ku gegas berlari Walau tinggi bisa ku terbang di langit Walau sedalam mana akan kuselami Kerna cinta sedalam itu mekar bila ku dekat padamu Dekat padamu, itu destinasiku Tak kira apa jua kan kuterima Harapanku kan terbuka pintu di hatimu Dengan rela menunggu kehadiranku Bridge 2: Andai tersalah arah berikanku tanda Agar kau terima yang sebaiknya Harapan pendorong ku mengusung cinta kita Janganlah dibalas rasa kecewa Repeat chorus 2x by ~me~ at 4/01/2004 10:30:00 pm ©
*ARE U COLOR BLIND?? Buta warna? Kalau berani, checklah kat -->>sini<<-- by ~me~ at 4/01/2004 09:49:00 pm ©
|